Tuesday, 2 July 2013

piala fa untuk menyokong

Khairul Fahmi Che Mat menganggap kejayaan Kelantan memenangi Piala FA apabila mengalahkan Johor Darul Takzim 1-0 kelmarin sebagai kemenangan untuk penyokong setia The Red Warriors.
Dia mengakui bukan mudah memenangi kembali Piala FA kali ini kerana berdepan tentangan sengit daripada pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim dan berharap lebih banyak kejayaan akan dinikmati oleh The Red Warriors selepas ini.
"Terima kasih kepada para penyokong Kelantan yang tidak putus-putus memberikan sokongan padu sepanjang perlawanan.
"Piala FA ini adalah untuk mereka semua yang sentiasa setia di belakang Kelantan dan kejayaan mempertahankan kejuaraan Piala FA ini cukup manis, " katanya yang ditemui selepas perlawanan kelmarin.
Dalam masa sama, Apek melihat masalah kecederaan yang menimpa dua pemain utama Johor Darul Takzim menyebabkan skuad bimbingan Fandi Ahmad gagal memberikan persembahan terbaik.
"Masalah kecederaan yang menimpa Safee Sali dan Andrezinho pada awal permainan mungkin memberikan kesan kepada permainan mereka.
"Barisan hadapan kami pula dapat mencipta banyak peluang dan pergerakan mereka cukup lancar yang secara tidak langsung memberikan keyakinan buat kami dalam perlawanan ini.
"Selepas jaringan Norfarhan (Muhammad), Johor DT banyak menyerang pada separuh masa kedua tetapi aksi pertahanan banyak membantu saya untuk memastikan gawang Kelantan tidak dibolosi, " katanya

No comments:

Post a Comment